Monday 4 June 2012

Magon Hijau


Magon  Hijau  baru siap  satu bulu, punyalah lama nak tunggu ekor dia penuh, tapi tak boleh nak bawak berlaga pasal mata buta.



 Rasanya cukuplah dengan rekod yang ada, nanti test anak dia pulak..



Ini anak Magon Hijau dengan Ibu Mathai Mata Katak. Dapat 8 ekor tapi sekor dah ping, 7 ekor je hidup, umur baru seminggu.



Ini anak Magon Sitam 5X dengan Ibu Kelabu 4D. Ada 3 pasang semuanya, tapi sepasang keluar warna kelabu. (kualiti gambar kurang memuaskan-bukan pakai DSLR kamera. Baik beli ayam dari beli kamerakan.)



Ini anak Bapak 3D Shock dengan Ibu Mathai Mata Katak (Ibu ni adik beradik dgn Mata katak yg pesum dgn Magon Hijau). Ada 7 ekor semuanya dan 3 ekor jantan.  Kalau takde aral melintang atau orang datang ke reban adalah stock untuk bersukan tahun depan.




The 4 Horsemen. 4 beradik anak Gonthai 2X dgn Ibu Trat (Stock akhir). Umur dalam 6 bulan lebih. Tunggu ekor siap, berat dalam 2.8 -2.9. Berat matang dijangka 3.3 - 3.5. Kalau ikut bapak dengan ibu, anak muda ni dijangka punyai buah patah (patah besar atau patah terbang), nanti x breed suruh brother Jinggo adu dulu.


Kalau diikutkan banyak anak muda dan anak ayam di reban X-Breed, tapi ada yang kena jual, tak sempat besar pun. Ikut kata brother Jinggo anak Magon Hijau, Magon Sitam & 3D Shock dia jual lebih dari 10 ekor, dahlah jantan tak banyak , tapi tak baik hampakan orang katanya. Buat kawan2 yang ada ambil dari reban X-Breed , terima kasih diucapkan. Buat rakan di sabah, brother Jinggo minta supaya bersabar sebab stock dalam proses penghasilan. Itu belum masuk 2 pak  telor disebat  monyet. Harap Bersabar..










1 comment:

  1. Slm.... bila nak up 2 date blog bang. mesti dah besar2 anak2 magon? kasi papar dlm blog la bang...

    ReplyDelete