Monday 4 June 2012

Magon Hijau


Magon  Hijau  baru siap  satu bulu, punyalah lama nak tunggu ekor dia penuh, tapi tak boleh nak bawak berlaga pasal mata buta.



 Rasanya cukuplah dengan rekod yang ada, nanti test anak dia pulak..



Ini anak Magon Hijau dengan Ibu Mathai Mata Katak. Dapat 8 ekor tapi sekor dah ping, 7 ekor je hidup, umur baru seminggu.



Ini anak Magon Sitam 5X dengan Ibu Kelabu 4D. Ada 3 pasang semuanya, tapi sepasang keluar warna kelabu. (kualiti gambar kurang memuaskan-bukan pakai DSLR kamera. Baik beli ayam dari beli kamerakan.)



Ini anak Bapak 3D Shock dengan Ibu Mathai Mata Katak (Ibu ni adik beradik dgn Mata katak yg pesum dgn Magon Hijau). Ada 7 ekor semuanya dan 3 ekor jantan.  Kalau takde aral melintang atau orang datang ke reban adalah stock untuk bersukan tahun depan.




The 4 Horsemen. 4 beradik anak Gonthai 2X dgn Ibu Trat (Stock akhir). Umur dalam 6 bulan lebih. Tunggu ekor siap, berat dalam 2.8 -2.9. Berat matang dijangka 3.3 - 3.5. Kalau ikut bapak dengan ibu, anak muda ni dijangka punyai buah patah (patah besar atau patah terbang), nanti x breed suruh brother Jinggo adu dulu.


Kalau diikutkan banyak anak muda dan anak ayam di reban X-Breed, tapi ada yang kena jual, tak sempat besar pun. Ikut kata brother Jinggo anak Magon Hijau, Magon Sitam & 3D Shock dia jual lebih dari 10 ekor, dahlah jantan tak banyak , tapi tak baik hampakan orang katanya. Buat kawan2 yang ada ambil dari reban X-Breed , terima kasih diucapkan. Buat rakan di sabah, brother Jinggo minta supaya bersabar sebab stock dalam proses penghasilan. Itu belum masuk 2 pak  telor disebat  monyet. Harap Bersabar..










Tuesday 27 March 2012

Induk Baru

Salam, rasa lama tak up date blog kerana kesibukan kerja. Di sini X-Breed akan memaparkan Induk baru dan juga ahli baru di reban kami




Ibu Jalak, Burma Ori 100% Import. Ibu ini dipinjamkan oleh Seorang Otai ditempat
x-breed. Rumah otai ni banyak sangat ibu jadi di suruh brother Jinggo untuk
proses di reban kami. Ibu dah berumur 5 tahun. 




Ibu Kelabu 4D, PamaPakhoy Saigon Thai. Ibu ni baru 2x bertelur. Umur dah setahun lebih tapi lambat bertelur sebab dia terencat kena ambush dengan anjing 
 (Who Let the Dog Out). Ibu ni bakal di pesum dengan Magon Sitam.




Ibu Pakhoy Thai. Ibu ni pukul kepala, leher & Body. Dah
3x bertelur & bakal jadi induk di reban kami.


Ibu Mathai Mata Katak. Tengan Mengeram dan dijangka menetas pada
31/03/12. Ibu ni di pesum dengan bapak 3D Shock.


Ibu Mathai Mata katak 2. Tengah Mengeram juga dan dijangka menetas
pada 10/04/12. Ibu ni pun dipesum dengan bapak 3D Shock.


Ibu Kelabu 4D. Tengah mengeram dan dijangka menetas pada
05/04/12. Ibu ni dipesum dengan bapak Magon Sitam.



Anak Magon Hijau & Ibu 3D Saigon Thai Pakhoy. Dapat 8 ekor tapi
hanya 3 ekor je jantan, lain semua betina.



2 gambar diatas anak 3D Shock & Ibu Trat. Ada 12 ekor semuanya, tapi 3 ekor
je jantan , selebihnya betina. 4 ekor ni tak boleh campur dengan dengan diatas
sebab berlaga & sampai koyak2 kulit kepala.


Anak 3D Shock & Ibu Trat, in 2nd batch. Dari 7 ekor tinggal 4 je yang hidup,
nasib baik ada 3 jantan & 1 betina.



Ini saja paparan untuk kali ini, nanti X-breed akan update pula mengenai anak muda
dan ibu dan anak yang akan menetas, pasal sekarang brother Jinggo dah main inkubator
pula, alasan dia (ada ibu tak pandai nak ngeram & banyak telor pecah).  Jika ada
sebarang pertanyaan boleh hubungi :-












Tuesday 3 January 2012

Selamat Tahun Baru + Ahli Baru

Pembaka Baru 




Magon Sitam 5X. 100% import. Ayam ini dibeli dari Otai Bon di Johor, dengan rekod 5x menewaskan gu dalam 1 air lebih. Anak-anaknya banyak mencipta kemenangan di Bon sekitar Johor, Pahang dan juga Negeri sembilan. Sepatutnya Ayam ni sampai ke reban x-breed awal bulan Disember tetapi disebabkan urusan kerja, Bro Jinggo (abang x-breed), bawak dia balik pada 31/12 malam. Jadi untuk tahun 2012 dia akan memakai i/c no 10 (jadi warga negeri Selangor)


Induk Baru



Dara Pamabrazil - Dara 100% Import, darah PamaBrazil. Ayam ni pun dari Otai Bon di Johor,  Ayam ni asalnya otai bon tu nak  guna sendiri tapi disebabkan bapak ayam yang baik pada dia, Bro Jinggo dah ambil. Jadi otai Bon pun kira sekali. Dara Pamabrazil akan digunakan untuk proses turun benih dengan Bapak Magon Sitam 5X. Kita tunggulah macam mana kesudahanya nanti.

Anak Ayam



Anak Saigon Thai 2x + Ibu Trat. Anak ayam ni ada 4 ekor dan semuanya jantan, Sayang bapak Saigonthai ni dapat turun benih sekali je, lepas tu bapak tu mati kena patuk ular. Harap anak dia dapat jadi macam bapak dia. 



Anak 3D Shock + Ibu Trat. Anak ayam baru menetas 2/1. Dari 12 biji telur yang ibu trat tu eramkan, semuanya menetas. Setakat ini ada 12 ekor anaknya, tapi tak tahulah esok lusa berapa ekor yang tinggal, harap takdelah yang mati.



Anak Magon 5x + Ibu Mathai. Anak ayam ni baru menetas 3 hari lepas, dari 8 biji telur, 5 biji je yang menetas . Harap takde yang mati pasal ada 5 ekor je.