Tuesday 3 January 2012

Selamat Tahun Baru + Ahli Baru

Pembaka Baru 




Magon Sitam 5X. 100% import. Ayam ini dibeli dari Otai Bon di Johor, dengan rekod 5x menewaskan gu dalam 1 air lebih. Anak-anaknya banyak mencipta kemenangan di Bon sekitar Johor, Pahang dan juga Negeri sembilan. Sepatutnya Ayam ni sampai ke reban x-breed awal bulan Disember tetapi disebabkan urusan kerja, Bro Jinggo (abang x-breed), bawak dia balik pada 31/12 malam. Jadi untuk tahun 2012 dia akan memakai i/c no 10 (jadi warga negeri Selangor)


Induk Baru



Dara Pamabrazil - Dara 100% Import, darah PamaBrazil. Ayam ni pun dari Otai Bon di Johor,  Ayam ni asalnya otai bon tu nak  guna sendiri tapi disebabkan bapak ayam yang baik pada dia, Bro Jinggo dah ambil. Jadi otai Bon pun kira sekali. Dara Pamabrazil akan digunakan untuk proses turun benih dengan Bapak Magon Sitam 5X. Kita tunggulah macam mana kesudahanya nanti.

Anak Ayam



Anak Saigon Thai 2x + Ibu Trat. Anak ayam ni ada 4 ekor dan semuanya jantan, Sayang bapak Saigonthai ni dapat turun benih sekali je, lepas tu bapak tu mati kena patuk ular. Harap anak dia dapat jadi macam bapak dia. 



Anak 3D Shock + Ibu Trat. Anak ayam baru menetas 2/1. Dari 12 biji telur yang ibu trat tu eramkan, semuanya menetas. Setakat ini ada 12 ekor anaknya, tapi tak tahulah esok lusa berapa ekor yang tinggal, harap takdelah yang mati.



Anak Magon 5x + Ibu Mathai. Anak ayam ni baru menetas 3 hari lepas, dari 8 biji telur, 5 biji je yang menetas . Harap takde yang mati pasal ada 5 ekor je.