Monday 21 November 2011

Pembaka & Induk di Kuala X Breed



Bapak Magon 5x. Pukulan hujan dan serong yang padu. Menewaskan lawan dalam 1 air. Matanya sebelah buta celik.




Bapak 3D Shock, Pamabrazil Saigon. Ayam main control, Pukul urat. Lawan kalau kena terus mati jalan dan menggigil. Bapak ni dah menang 4X                        


Ibu pamasaigon. Kaki bisa dan tepat..


Ibu Thai (Trat), Ibu jalan ada buah patah (patah besar) dan serong yang baik.



Ibu Mathai, ibu tembak dan sepak tepat ke kepala dan leher. Ibu muda, baru 3x bertelur. Baru nak mula ambil benih, Beradik ibu ni dah selamat sampai ke johor, dengar dari kawan yang ambil tu, cerita dialah, beradik dia dah menang 4x dan dia tanya kalau ada lagi..



Ini adalah Bapak & Ibu yang terpilih di Kuala X Breed, ada yang memang asal di tangan kami dan ada yang dibeli dari otai breeding dari selatan tanah air. kalau mengikut otai breeding ni, tak payah banyak ibu (Quality not a Quantity). Nanti kuala X breed akan paparkan pula gambar bakal2 ibu yang terpilih di reban kami, kalau tak terpilih tu, jawabnya mak X-breed akan bertanya pada Bro kami, "STOCK KARI ADA TAK"... 


Sunday 20 November 2011

Salam Perkenalan...

Assalamualaikum, kepada peminat, pembela & penyabung ayam semua. X-Breed ni orang Selangor tapi sekarang menetap di Sarawak.. Dunia ayam sabung pada x-breed bukanlah asing kerana sejak kecil lagi x-breed dan 2 orang abang x-breed telah membela ayam sabung, tapi waktu itu, atok (telah kembali kepada penciptanya-1996)  x-breed yang banyak mengajar kami adik-beradik mengenai ayam  sabung (cth: Bulu, mata & sisik). Tapi, waktu budak2 memang x-breed dan abang2 nakal betul, bila atok x-breed takde. kami adik-beradik akan mengendong ayam keliling kampung untuk dilagakan. 


Ok,berbalik pada kisah ayam sabung ni, untuk beberapa tahun kebelakangan ini x-breed dan abg2 membela dan berlaga ayam Hujung tanduk, tapi sekarang di KL dan central region orang dah main batang kaki, nak tak nak kami pun kenalah mengikut peredaran masa. Jadi, sekarang X-breed dan abang2 mula memproses baka batang kaki. Untuk pembaka utama, abg x-breed telah turun ke selatan tanah air untuk berjumpa dengan otai breeding disana bagi mendapatkan pembaka & induk yang terbaik..InsyaALLAH kalau tiada aral melintang x-breed akan ke Thailand pada bulan december ini untuk bertemu rakan di Ranong, Trat, Lamphun, Buri Ram & Yosothon..kerena rakan2 x-breed telah menyediakan stock terkini..